Pages

Saturday, October 26, 2013

HATI


hati mati..
sampai bila?
sampai waktu yang masih belum pasti/
atau..
sampai roh tiada lagi?


Tuesday, March 5, 2013

perasaan ini


Assalamualaikum sahabat.. sudah lama tidak menjengah di sini. entah kenapa, aku sendiri tidak punya jawapannya. Abaikan, bukan itu yang utama aku kembali di sini meluangkan masa.

Hhmm apa agaknya khabar mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita menghadap Dia? soalan random kan? tidakk bukan random. sejak dua menjak ini, soal hidup mati sering berlegar di mindaku. cuma hari ini saja baru terdetik hati aku untuk meluahkan rasa, untuk cuba mengubah pusingan hidup yang penuh sia-sia.

kalian pernah rasa takut untuk tidur? tidak, bukan insomnia. tapi ketakutan untuk melelapkan mata kerana takut tiada lagi hari esok untuk melihat dunia buat sekalian kalinya. Yes! itu yang aku alami sejak akhir-akhir ini. aku jadi takut untuk tidur, kadang-kadang bila hampir terlelap, aku bingkas bangun kerana khuatir aku akan pergi selamanya. Yeah itulah hakikat yang kita tidak boleh lari bukan? setiap yang bernyawa pasti merasai kematian.

terukkah aku sampai takut begitu? tak menerima hakikat kematian? bukan. aku cuma takut, aku akan pergi dalam keadaan yang penuh dosa dan noda. aku manusia, manusia yang lalai sentiasa. aku takut pengakhiran ku nanti suatu yang buruk dan tidak diredhaiNya.

usianya panjang, amalnya kurang. apakah ini rasa bila ajal semakin menjelma? Allahu Allah  :(

Ampuni aku Tuhan. maafkan aku rakan, dan setiap yang mengenali diri ini. moga kita beroleh redhaNya.



Wednesday, January 23, 2013

12 Rabiul Awal



"Baginda dulu susah payah sebarkan agama, tegakkan agama.. walau dicaci, dimaki, di uji dengan kesakitan dan kepritan..

kita sekarang senang senang rosakkan agama, runtuhkan agama.."



Ya Allah, pilihlah kami sebagai hambaMu yang mendapat syafaat kekasihMu Nabi Muhammad saw di akhirat sana.


Saturday, January 5, 2013

2013



selamat menjengah ke tahun 2013 .
jadikan ia bukan sekadar angka .
melangkah ke tahun baru bererti makin hampir kita dengan saat untuk kembali kepada Allah .
jadikan 2013 sebagai muhasabah .


Thursday, November 29, 2012

adil kah kita ?

Bismillah..

wahai manusia, takut lah pada Allah.


ini suatu kisah daripada riwayat Saidina Umar Al-Khattab, Amirul Mukminin . tawadhuknya beliau, beliau tidak merasakan bahawa beliau seorang pemimpin yang adil . beliau membenarkan Nabi saw, tetapi beliau tidak merasakan beliau ini golongan siddiqin . kerana sifat tawadhuk ini, Allah swt kurniakan syahid padanya, jannah menunggunya .


daripada aamil (pekerja) Umar Abdul Aziz, mengutus surat kepada Umar Abdul Aziz, mengadu mengenai kebinasaan negeri dan memohon bantuan kewangan bagi membaik pulih negeri tersebut . maka jawab Umar Abdul Aziz, maka perbaikilah negeri kamu dengan adil, dan bersihkan daripada segala zalim.

see ? bukan bantuan kewangan yang diberikan, tetapi nasihat supaya berlaku adil dalam pemerintahan kerana bila mana adilnya imam (pemerintah dll) itu, nescaya tiada wujud kerosakan dalam pemerintahan.


membicarakan soal adil .. mengapa adil ? saya bukan pemimpin negara . saya bukan ketua mana-mana organisasi . mengapa perlu dibicara soal adil ?

kerna sifat adil itu bukan hanya untuk pemimpin .

adil itu lawannya zalim .
tidak adil seseorang itu pada dirinya jika dia tidak mencegah dirinya daripada kemaksiatan dan dosa , tidak menghambakan diri pada Nya .

tidak adil seseorang itu pada orang di sekelilingnya bila mana dia tidak menyeru mereka ke arah kebaikan, tidak mencegah perihal kemungkaran .

tidak adil seseorang itu pada anak/isteri/suami/keluarga sekiranya tidak mengajak mereka ke arah Allah, selama mana mereka masih tinggal bersama .

dan mereka yang tidak adil itu haram syurga baginya . (sila rujuk pada yang lebih pakar)

adil kah kita ?

malam ni memang rasa diketuk oleh ustaz.. sangat-sangat !

"dekat besut ni berapa ramai cikgu ada? berapa ramai pensyarah? tapi daripada yang ramai tu, berapa ramai yang datang masjid solat jemaah? kalau cikgu sendiri liat nak datang masjid, tak payah jadi cikgu lah.. punoh anok murid . ilmu matematik, sains, dll yang kita ajar tu comey dah, buleh pahala dah, tapi ilmu akhirat kita tak tunjuk kat murid, tak guna jugak.. tak adil kita ."

sama lah juga klu kita sorang yang pergi masjid, yang pergi kuliah agama, yang mendekatkan diri pada Allah, tapi kita tak ajak family kita sama.. kita tak bawak family kita sama untuk cari redha Allah.. kita tak cegah family kita daripada kemungkaran.. kita tak adil.. kita zalim pada family kita..

kita hidup bukan kita seorang je nak masuk syurga ..


wahai hamba, takut lah pada Allah .




"wahai Tuhan kami, kurniakan lah kami kebaikan di dunia, dan juga kebaikan di akhirat, dan jauhkan lah kami daripada azab api neraka Mu."



Friday, November 2, 2012

update ringkas : "anak imam pun merempit"


khutbah Jumaat hari ini, tegas menegur para bapa dan bakal bapa, tentang tanggungjawab yang dipikul . kita bukan cuma sekadar melahirkan anak untuk kemandirian zuriat, atau sebagai penyeri rumah tangga, tetapi anak-anak sebagai 'transformers' yang penuh taqwanya pada Allah, yang sedia mendukung syariat dan menggalas sunnah Habibullah saw .

sedar atau tidak, setuju mahupun tak, gagalnya kita untuk mendidik dan membentuk iman anak-anak, punca tercetusnya penyakit hati yang merebak mempengaruhi iman dan tingkah laku . no wonder ada yang dilahirkan sebagai Islam secara zahirnya, tapi gaya hidupnya langsung tidak mencerminkan peribadi mukmin .


ada yang mempertikaikan, "alahhh, anak tok imam pun merempit jugakk tu haa ! "


benar, memang benar iman tidak dapat diwarisi .
tapi itu bukan alasan kepada lemahnya taqwa anak-anak .
cara kita mendidik, berlandaskan apa yang kita didik, itu yang utama .
mengapa tidak kita jadikan kisah Luqman dan anaknya sebagai pedoman.. Al-Quran sudah menceritakan bukan ?


ini yang perlu kita fikir .
bagaimana hendak melahirkan anak yang punya taqwa dan iman seperti mana Nabi Ismail as .





*********************
besar tanggungjawabnya jadi bapa ni.. postpone lagi laa niat nak kahwin awal.. Heh ! ;p

Monday, October 29, 2012

untuk guru dan bakal guru :)


renungan buat guru dan bakal guru , kita sebagai hamba dan khalifah . moga bermanfaat . yang tak berkaitan guru tu, maaf ya .  :)




Friday, October 26, 2012

'korban'


Aidiladha . sudah begitu sinonim dengan ibadah korban . Hari Raya Korban . ada kisah di sebaliknya, dan saya pasti, ramai yang tahu . bukan hanya dengan menyembelih lembu, kambing, unta, bla bla bla .

jika Nabi Ibrahim as sanggup mengorbankan anaknya, jika Nabi Ismail as snggup menggadaikan nyawanya, semata-mata kerana Allah, mengapa tidak kita ? susah sangatkah untuk korban kan sedikit keseronokan dunia demi mencari redha Ilahi ? susah sangatkah setelah bertahun-tahun kita menikmati segala macam kurnia yang Allah bagi, PERCUMA !

betapa kecilnya pengorbanan yang perlu lakukan untuk mencari redha Allah kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka yang terdahulu .. Allahu Allah !

ayuh ! usah biarkan Aidiladha kali ini berlalu begitu sahaja . ikhlaskan hati, bersihkan jiwa, 'korban' kan sesuatu demi mencari redha Ilahi, insyaAllah .


moga-moga kita tergolong dalam golongan hamba ini ;

Wednesday, October 17, 2012

kenapa kita hidup di dunia ?

Terima kasih Tuhan atas ilham untuk menulis .
moga-moga penulisan ini memberi manfaat padaku, pada saudara agamaku .


mari saudara, kita berfikir sejenak . kembali muhasabah diri kita . apa erti sebenar kita hidup ? mengapa kita berlegar-legar di dunia sekarang ini ? untuk berfoya-foya ? melepak bersama-sama member ? untuk mengejar nikmatnya dunia ? masing-masing sudah tahu jawapannya bukan.. cuma sekadar ingin mengingatkan kembali agar kita kembali sedar, kita ini hamba . hamba yang hina yang tak punya apa-apa tanpa Dia . ingat ingat ingat ! rezeki yang Dia bagi, belum tentu yang Dia redha . usah terkinjal-kinjal melompat gembira seandainya punya wang yang banyak, mampu angkat aston martin sekali pun . lupakah kita Qarun lebih kaya raya daripada kita, tapi pengakhirannya bagaimana ? kufur jua bukan ?

kita ini hamba, berlagaklah sebagai hamba . misi kita untuk mencari redhaNya, bukan kufur dengan nikmat anugerahNya . hanya dengan redhaNya kita selamat dunia dan akhirat . hanya dengan redhaNya kita beroleh  hasanah, fid dunya wal akhirah .

yakin kah kita hanya dengan bersolat kita bisa menjejakkan kaki ke syurgaNya ? itu pun belum tentu lagi solat kita diterima . kalau sekadar cap ayam, cincai-cincai, usah bermimpi . memang susah untuk khusyuk, tapi at least kita cuba, kita usaha . bukan solat sekadar melepaskan kewajipan . Ingat ! Allah itu Maha Bijaksana, Maha Mengetahui setiap apa yang terlintas di hati kita .

kita punya tangan, kita punya kaki . Alhamdulillah nikmat anggota yang Allah bagi pada kita . pernahkah kita bersyukur kita dapat nikmat anggota ini ? kalau ya, mengapa masih kita gunakan anggota ini untuk melakukan sesuatu yang ditegahNya ? mengapa masih kita gunakan anggota ini melakukan sesuatu yang mendatangkan kemurkaanNya ? mengapa masih malas solat, masih cincai-cincai solat sedangkan Allah dah bagi nikmat kaki tangan, nikmat kesihatan pada kita ? tak malukah kita, sesuatu yang diberi percuma pada kita tapi tidak kita gunakan untuk mencari redha pemiliknya ?


"syukur itu adalah dengan meninggalkan maksiat."


ayuh saudara ! masih belum terlambat untuk putar roda hidup kita . masih belum terlambat untuk mencari redhaNya . jadikan saat ini sebagai titik mula pencarian kita . mati tak mengenal usia, tak mengira masa . masih awal untuk taubat, masih muda lagi . itu cuma dusta semata . dusta yang kita sendiri buta kerananya .


Baginda pernah bersabda, "pergunakanlah waktu hidup engkau bagi keperluan masa mati engkau."
Ya kita cuma menumpang di bumi ini ! kita cuma si musafir, pengembara di dunia . asal kita yang sebenar ialah akhirat sana . tak kan mahu pulang ke tempat asal dengan tangan kosong ??



ingat, keseronokan dunia ini cuma cebis-cebis kecil sahaja berbanding nikmat di akhirat sana .


bila lagi mahu mencari redhaNya kalau bukan ketika hidup ? bila lagi mahu menghambakan diri padaNya kalau bukan ketika hidup ? sedangkan mereka yang telah mati pun merayu mahu kembali hidup agar dapat mengabdikan diri kepadaNya kembali . tak kan kita pun mahu termasuk dalam golongan ini, hanya mengaku Allah itu benar apabila sudah tercabut roh dari jasad ? celaka lah kita . amal hanya di dunia, di hari kemudian sana cuma tinggal hisab untuk kita sahaja.

memang susah untuk istiqamah mendukung agamaNya . pelan-pelan kayuh lah . pasti Allah bantu hambaNya yang membantu agamaNya . doa dan pengharapan itu semua disandarkan pada Allah . moga-moga kita semua diberi taufik dan hidayah yang tidak putus-putus daripadaNya .

jangan sesekali putus asa dengan rahmat Ilahi .




"Ya Allah, jadikanlah kami antara hamba-hambaMu yang mendapat syafaat daripada kekasihMu, Nabi Muhammad saw di akhirat kelak."






Wednesday, October 10, 2012

22


terima kasih Tuhan atas nikmat kehidupan selama ini
ku mohon agar ku peroleh redha Mu pada hari-hari mendatang
ku mohon bimbingan dan kekuatan dalam mencari redha Mu



"hai Tuhan ! sesungguhnya aku telah menganiayi diriku dengan penganiayaan yang banyak. dan tiada yang dapat mengapuni segala dosaku melainkan Engkau. maka ampunkanlah bagiku akan sebagai keampunan dari sisi Engkau dan kasihanilah aku; sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengampun Penyayang."




happy birthday to Mohd Shazrin  :)


Saturday, September 22, 2012

sayang Nabi ? hidupkanlah sunnah =)


Dengan nama Allah Ynag Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ


kita hidup di dunia penuh dengan ujian. bukan ujian peperiksaan, bukan ujian akademik di sekolah-sekolah, bukan,bukan ujian itu. itu ujian biasa. yang ingin dibicarakan ini ujian penentu destinasi kita di hari pembalasan sana.

ada yang diuji dengan keperitan. bila sakit, mula merungut. bila sesak, mula melenting menuduh Tuhan itu tidak adil. ada yang diuji dengan kemewahan. bila berharta, mereka riak dan tamak.bila senang, mereka lupa dunia. lupa dunia kerana zuhud ?? bukan, mereka lupa dunia, lupa dunia ini Allah yang punya, dan mereka mesti hidup dengan aturanNya.


'antara susah dengan senang, yang senang itu lebih susah.'


tidak kisahlah bentuk apa sekali pun ujian yang mendatang, selagi hati ingat pada Allah, bersyukur pada Allah, insyaAllah redhaNya ada dengan kita. harus di-set-kan dalam minda dan hati kita, Allah tidak sesekali menguji untuk memudaratkan, untuk membawa musibah. Allah menguji kerana sayang pada hamba-hambaNya, kerana mahu hamba-hambaNya kembali bertaqwa kepadaNya. bila kita sakit, kalimah Allah jua yang pertama-tama kita sebut bukan?  =)
Allah, Dia Yang Maha Tahu, Dia tahu setiap ujian yang diturunkan itu, hambaNya mampu untuk mengharunginya.

jasad dan roh kita, kita cuma si peminjam sahaja . jangan sampai hati mati sebelum jasad . pengisian-pengisian untuk hati itu perlu kerana hati akan lesu tanpa ilmu . jangan jadikan dosa semalam sebagai tembok untuk kita bermalas-malasan, untuk kita berputus asa . dah tahu berdosa, tuntutlah ilmu untuk mencari redhaNya . Allah Maha Pengampun, dan kita tidak akan pernah tahu seluas mana pengampunanNya . have faith .




kini masih hangat dengan isu filem penghinaan terhadap pemimpin agung, Rasulullah saw . ramai yang mencela, mencaci, men-demonstrasi bahkan ada juga yang sanggup berbunuh-bunuhan . Alhamdulillah, masih ramai yang sensitif apabila kekasih Allah diperlekehkan, masih ramai yang cakna apabila penghulu segala nabi ini dihina . moga perjuangan kita membela maruah Baginda saw diredhaiNya dan diambil kira sebagai suatu ibadah.

cuma, kita perlu lebih bijak dengan sensitiviti kita . terlebih dahulu, maaf kerana saya tahu ramai yang akan tidak bersetuju dengan statement ini . kita punya akhlak, dan akhlak orang Islam itu yang terbaik .

mahu berdemo ? silakan lah . tapi jangan sampai terabai solat jemaah lima waktu . Nabi kesayangan kita tak pernah pun tinggal solat jemaah even ketika Baginda sakit .

kalau betul kita cintakan Baginda, antara berdemo dan solat lima waktu berjemaah, mana satu pilihan hati kita ? 
mana mungkin seseorang yang cinta akan seseorang yang lain sanggup membiarkan tempat yang selalu dijejaki oleh kesayangannya itu sunyi dan sepi .
alangkah bagusnya kalau masjid sama naik meriahnya dengan demonstrasi di jalanan . XD

mahu mencela, menghina mereka yang menghina Nabi saw ? silakan lah . tapi jangan sampai lidah kita membawa dosa pada kita . jangan kita sibuk mencela, sampai kita lupa untuk mengucap istighfar, antara salah satu sunnah Baginda sehari-hari .


kalau betul kita kasihkan Baginda, mengapa tidak kita hidupkan sunnah baginda ? mengapa tidak kita bangun tahajjud sebagaimana yang Baginda saw buat ?

mengapa tidak kita istiqamah dengan Al-Quran ? dengan solat Dhuha ?

adakah kasih dan cinta kita pada Nabi Muhammad saw hanya pada mulut dan lidah sahaja ? 
bagaimana dengan hati ? dengan anggota lain ? cukupkah sekadar dengan berdemonstrasi, dengan mencela ? ini bukan yang Baginda suruh buat . bukankah Baginda saw sudah pesan, "...gigitlah dengan geraham kamu." sudah lupa gigit apa? tepuk dada tanya iman .

maaf sekali lagi . bukannya saya menuduh kalian tidak menghidupkan sunnah, tidak solat jemaah, cuma ini satu luahan hati saya untuk kita sama-sama renung bersama .




hidupkan sunnah + demonstrasi  aman = itu lagi cantik mungkin .  =)






Ya Tuhan kami janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk, dan berilah kami rahmat, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang banyak pemberiannya.

Ya Tuhan kami berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan jauhkanlah kami dari api neraka.

Wednesday, August 22, 2012

orang beraya, kami pun nakk...


dengan menyebut nama Allah yang tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan bahaya, baik di bumi mahu pun di langit . Dia lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .

Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat untuk bernafas sesudah masuk Syawal hari yang ke-4 ini . macam mana raya ampa? seronok ? yang dapat duit raya, sudah tentulah seronok bukan? yang tak dapat macam kami ni, redha je lah.. sob3 ;p

so far, hari-hari dipenuhi dengan pelbagai aktiviti raya.. daripada open house, kenduri, hingga lah sesi bergambar.. orang lain beraya, kami pun nakk... haha photoshoot la sangat.. posing je lebih, masing-masing bajet comey..  >.<


hahaha teruna mana laa ni... 
Ya Allah, penuhilah hati-hati kami dengan cahaya Mu yang tidak pernah hilang .




tunjuk gapo tu.. haha !
kepunyaan Allah setiap apa yang ada di langit dan di bumi .




kebun sapa laa korang rembat ni...





amboi3 mengalahkan anak dara...




Ehhh gambo aku pun ada ?? ;p




hhmm balik dulu lah.. selamat hari raya semua ! 
taqabbalallahuminna wa minkum





p/s: saat kita seronok menyambut lebaran, jangan kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba. laksanakan perintahNya, dan tunaikan kewajipan kita.. hayati setiap benda di sekeliling kita, itu bukti kebesaranNya.


"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (2:284)


Saturday, August 18, 2012

Aidilfitri, raya kerana menang atas nafsu atau...?


selamat pergi Ramdhan, dan selamat kembali lagi nanti.. itu sudah pasti . cuma kami manusia ini yang belum pasti, belum pasti masih bernyawa atau tidak di saat kau tiba kemudian nanti. menjelang Aidilfitri ini, sudah menjadi lumrah kaum-kaum ibu sibuk hias sana sini, prepare itu dan ini. kaum bapa juga tidak ketinggalan, membantu apa yang patut. aku? heh.. tiada apa nak disibukkan.. sambutan kami di sini ala kadar sahaja.. cukuplah ada baju melayu baharu walaupun sehelai. itu pun sudah dikira rezeki..

sejujurnya, tiada terlintas untuk menulis di hari terakhir Ramadhan ini.. cuma, saat tadi terpukul dengan sesuatu yang mengocak iman.. belum pun raya lagi, ramai antara kita sudah sibuk dengannya.. ramai antara kita pulun untuk raya, hakikatnya Ramadhan masih ada, masih berbaki walaupun sudah sampai akhir.. tidak sedihkah kita? bukan sedih kerana Ramadhan akan berlalu, tapi sedih kerana orang-orang bertaqwa itu menyambut Aidilfitri sebagai tanda berjaya melawan hawa nafsu pada bulan Ramadhan, kita pula? apa kejayaan kita? apa sebabnya kita berhari raya? di saat masih berbaki Ramadhan ini, kenapa ramai di antara kita yg sudah "burnt-out", tak mahu manfaatkan Ramadhan hingga ke akhirnya..

beraya itu tak salah, pakai baju baru tak salah, ziarah sanak saudara juga tidak salah.. cuma jangan lupa kita masih punya tanggungjawab sebagai hamba. jangan amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramdhan dihentikan, ditinggalkan.. teruskanlah, dan istiqamah lah, mudah-mudahan kita mendapat redhaNya sampai akhirat sana. jangan jemaah kita, yang Ramadhannya cukup 5 waktu sehari, di Syawalnya, jemaah mana yang dan sahaja.. jangan bacaan al-Quran kita, yang Ramadhannya khatam 30 juz, di bulan-bulan lain, separuh juzuk pn tak smpai.. jangan jangan jangan !

“Wahai Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di dalam agamaMu dan ketaatan.”

saat Nabi saw membaca doa ini, ada sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah Engkau juga takut berubah hati (murtad) ?" jawab Baginda, "siapa di dunia dapat menjamin aku dari muslihat Ilahi?"

hhmm Baginda saw pun turut berdoa agar ditetapkan hati dan iman Baginda.. kita? usah menjadi hamba yang sombong. sekali Allah twist hati kita, menyesal tak sudah lah sampai kiamat.. moga-moga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman dan diredhai.

“Hati manusia berada pada kekuasaan Ar-Rahman. Dia mengubah hati mengikut kehendakNya.” 


yang beraya kerana kemenangan atas nafsu, tahniah saya ucapkan. Alhamdulillah, moga terus menerus menang dalam perjuangan yangg lain yangg mendekatkan diri di sisi Allah swt.

yang beraya kerana Hari Raya, selamat hari raya. selamat bergembira. raya, raya jugak, jangan lupa kewajipan kita. takpa, kalau kita tak sempat nk manfaatkan Ramadhan kali ini, kita teruskan usaha kita di bulan-bulan lain sehingga Ramdhan al-mubarak kembali lagi. moga umur kita dipanjangkan, dan diberkati olehNya, Ya Rahman Ya Rahim. di bulan lain pun kita boleh lipat gandakan amal kita, kita boleh mencari redhanya.. dan pintu memohon keampunanNya itu sentiasa terbuka bukan?  =)


cukup lah sampai di sini sahaja.. masih lagi tiada mood sebenarnya untuk menulis. maaf andai ada tutur bicara yang kurang menyenangkan, yang menimbulkan rasa yang kurang senang di kalangan pembaca.


Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Lebaran. 
Maaf . Zahir . Batin .






Friday, August 10, 2012

Lets rock our iman !


Alhamdulillah kita sudah menghampiri malam ke 20 Ramadhan yg penuh barakah. bermakna kita makin hampir dengan malam Lailatul Qadr, semakin hampir dengan penghujung Ramadhan. :(

Apa khabar iman kita kali ini? makin benci akan maksiat? makin cinta akan jalanNya? makin butuh keredhaanNya? Alhamdulillah wa Astaghfirullah :)

teringat kisah yg dibicarakan oleh seorang teman Subuh tadi.. kita ini sebagai hamba, agak-agak kita ini hamba daripada golongan yg mana? hamba yg muslim, hamba yg beriman, atau hamba yg bertaqwa? hamba yg muslim ini, senang cerita ibarat muallaf yg baru peluk Islam, ada aja syahadatain, muslim lah dia. hamba yg beriman, hamba yg menunaikan perintah Allah manakala hamba yg bertaqwa ini, lagi 'up' daripada hamba yg beriman. dia bukan sahaja patuh pada perintah Allah, tapi juga sentiasa 'polish' imannya, 'polish' amal ibadahnya. dia yg takut pada kekuasaan Allah swt. di mana kita? :)

masih ada lagi berbaki 10 hari.. moga kita tidak layu, tidak exhausted sebelum tiba di penghujung. Hakikatnya, ia tidak pernah berpenghujung sehingga lah kita dijemput kembali oleh Ilahi. bukan? cuma berbicara dalam skop Ramadhan dan Lailatul Qadr, kita letakkan satu penghujung yg sementara, sebelum kita kembali meneruskan perjuangan di bulan-bulan seterusnya.

seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, "Apakah pendapat engkau jika aku sembahyang yg wajib, dan aku berpuasa Ramadhan, dan aku halalkan apa yg halal, dan aku haramkan apa yg haram, dan aku tidak menambahkan sesuatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga?" Jawab Baginda saw, "Ya ! (masuk syurga)" - Riwayat Muslim

ayuh ! kita pulun hari-hari yg masih berbaki ini.. semoga kita menjadi golongan hamba yg dipilih oleh Ar-Rahman Ar-Rahim untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, dipilih untuk merebut peluang beribadah di malam yg lebih baik daripada seribu bulan. insyaAllah.


Lets rock our iman !!!  XD



من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

"Barang siapa yang bangun (untuk beribadah) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau." (HR Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 1, 2012

12 Ramadhan, 1st August


Alhamdulillah sudah masuk 12 Ramadhan, bulan yang penuh barakah. mudah-mudahan ibadah puasa kita diterima dan tidak menjadi sia-sia. insyaAllah. sudah hampir separuh bulan, apa khabar iman kita? apa khabar hati kita? masih leka? takpa, masih ada peluang dan ruang lagi untuk kita memperhebatkan amal kita dengan hari-hari Ramadhan yang masih bersisa. jangan lengahkan lagi. maut itu sangat hampir dengan kita, bukan? :)

Alhamdulillah.. kita antara golongan yang terpilih, golongan yang diberi rahmat dan rezeki oleh Allah swt. tatkala banyak saudara kita yang diuji dengan kebuluran, diuji dengan peperangan, diuji dengan penghapusan etnik, kita di Malaysia ini masih murah rezekinya, masih lagi dalam jagaan Allah. jangan sesekali alpa. sesungguhnya ujian sewaktu senang itu lebih sukar dan mencabar berbanding ujian sewaktu dalam kesusahan. bila kita susah, bila kita sakit, mudah sahaja kita ingat Allah, kita mencari Allah. tapi bila dikurniakan kesenangan dan kegembiraan, ada di antara kita yang tersungkur dengan nikmat-nikmat ini. tidak semua yang mampu bersederhana, yang sentiasa menadah tangan mensyukuri nikmat pemberian Allah sewaktu senang. payah bukan? mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kelompok mereka yang mendustakan nikmat Allah. insyaAllah. :)

berbalik pada saudara kita yang sedang diuji dengan penderitaan dan keperitan, mari lah kita sama-sama menadah tangan, pohon agar mereka diberi kekuatan untuk menahan segala ujian, kekuatan untuk menentang musuh-musuh Islam, dan kekuatan untuk kembalikan syiar Islam. kita doa pada ya Rabb, agar musuh-musuh Islam dibinasakan. sesungguhnya, hanya kepada Dia kita sembah dan kita pohon pertolongan.
Alhamdulillah, di bumi Al-Falah ini, jemaah mengadakan solat hajat untuk saudara-saudara kita setiap kali usai solat Maghrib. moga-moga usaha ini, dan doa serta hajat yang dipohon dimakbulkan Allah swt.


"Barangsiapa yang berdoa kepadaKu, nesaya Aku perkenankan."



Monday, July 2, 2012

it's July !

pehhh berhabuk blog lama tak bukak.. biasa lah, no internet connection. Hehehe !

sudah bermula internship selama sebulan. maka dapatlah 3 projek kami seperti yg dinanti-nanti. cuma satu saja yg terkilan, 'sesuatu' yg sukar untuk istiqamah bila mula berada di sekolah ni. Haih ! mungkin ini cuma alasan kerna hati yang betul-betul mencari redha Allah, tidak akan tunduk pada sebarang rintangan, dan sentiasa berusaha mencari jalan. Aku perlu mula mencari.. perlu !

tadi mak called.. sorry mak. saya memang tak pandai nk comfort org. cuma mampu mendengar, dan meng-iyakan saja. saya mohon doa padaNya, moga-moga saya menjadi anak yg soleh, dan doa anak yg soleh utk ibua dan bapanya, pasti Allah terima, bukan? insyaAllah, mudah-mudahan. Mak tenang-tenang saja di kampung okay.. :)

Friday, June 8, 2012

sayang mak abah, sayang keluarga.


(gambar hanya sekadar hobi masa lapang. tiada kaitan dengan entry)


dear you,
kita kenal mak abah kita, macam mana perangai dan sikap diorang. kita pun kenal family kita yang lain, hal-hal yang mereka kerjakan sehari-hari. pernahkah anda terfikir, bila mak abah kita dah takda nanti, bila family kita pergi dulu suatu hari nanti, apakah amalan dan hal-hal yang mereka kerjakan itu membantu mereka terlepas daripada azab seksaan Allah ? apakah mereka dapat terus ke syurga Allah ? 

ya saya pernah, malah saya sedang memikirkannya saat menulis 'post' ini. saya khuatir, kerana saya sayang mereka. siapa yang tak sayang family kan? siapa yang tak mahu bersama-sama family di jannahNya ? 

seringkali saya melihat saudara dan sahabat keluar berjuang mentarbiyah rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah satu fenomena yang sihat untuk kebangkitan Islam. cuma, timbul satu persoalan dalam diri saya. kita sibuk mentarbiyah orang lain, sedangkan pada masa yang sama ahli keluarga kita juga memerlukan tarbiyah itu. mengapa tidak mulakan dengan family dahulu ? bagaimana agaknya untuk mengajak family sendiri, dengan berhemah tanpa tergurisnya perasaan. terasa sangat rugi apabila hari-hari menatap wajah mereka, tapi tiada satu pun pengisian untuk lebih mendekatkan mereka dengan Allah. hhmm abaikan. itu cuma persoalan kosong saya, cuma satu matlamat saya yang kecil. saya menyokong sepenuhnya sahabat-sahabat yang berjuang mentarbiyah saudara-saudara yang lain. keep it up !  :)


(sekali lagi, gambar cuma sekadar hobi)

tidak kisah lah siapa pun kita bantu, mak abah kita ke, jiran kita ke, sahabat kita ke, semua itu tidak akan berlaku jika kita tidak bantu diri kita dahulu. tarbiyahkan diri sendiri. kenalkan hati dengan cinta ALLAH. insyaAllah Dia pandang usaha kita. carilah redhaNya. banyakkan istighfar untuk bersihkan hati. seperti yang di 'tweet' tempoh hari, cukup ke hanya istighfar 3 kali setiap kali usai solat fardu? hhmm total baru 15 kali. dosa yang dibuat lebih daripada tu.. camna neh? #Eh

AIK PROMOTE TWITTER ?? hehe ! itu sekadar peringatan untuk diri sendiri. maklumlah hamba yang lemah, jarang sekali terlepas daripada melakukan dosa.  T____T

sangat kagum bila baca kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. beliau sendiri tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh. Subhanallah ! no wonder Allah bantu beliau untuk menawan Constantinople. bilalah agaknya diri ini akan sekuat itu? hhmm sekadar berangan tiada gunanya bukan? cuba dan cuba, mulakan dari sekarang, insyaAllah. mungkin cara kita berbeda, tapi matlamat kita sama.

lets go ! mari menuju Dia Yang Satu, mari 'menuju jannah' ! pimpinlah keluarga  kita bersama-sama.




maaf Ya Allah, andai penulisan kali ini terselit patah kata yang seolah-olah mempersoalkan dan merendahkan keagunganMu. Engkau Yang Maha Mengetahui, dan hanya Engkau yang memahami isi hati dan niat hati ini.


Monday, June 4, 2012

Himpunan Soalan - Ustaz Azhar,Bob Kuman & Ali XPDC Konsert Khalifah 2012

menarik, banyak pengisian soal isu semasa, bermanfaat insyaALLAH.  :)


Sunday, May 20, 2012

UAI Padang Kota Lama

Alhamdulillah.. Allah buka hati, Allah beri kekuatan untuk sekali lagi bersama-sama mengikuti Ustaz Azhar Idrus. cuma kali ini bukan berbentuk kuliah, tapi konsert santai di Padang Kota Lama yang turut disertai bro Sham Kamikaze, abang Bob Lokman dan bro Ali XPDC.


saat hati masih lagi 50-50, mahu ke UAI vs final FA Cup Kelantan-Sime Darby, Dia turunkan peringatannya untuk hamba ini. memang, aku terlalu leka dengan dunia.


Terima kasih Allah.






kesusahan umat di luar sana adalah kesusahan kita. kerana kita satu ALLAH, satu Rasulullah. - UAI



Wednesday, May 16, 2012

exam

3
2
1
.
.
.
dan exam pun bermula ..

satu sem sahaja lagi.
bertahan !
bertahan !
bertahan !


Followers

± Kata Menoda Bahasa ±