Penyu merupakan sejenis haiwan reptilia yang unik. Kini terdapat 7 spesies penyu di dunia dan 4 daripadanya mendarat dan bertelur di pantai Malaysia. Namun begitu, bilangannya kini semakin berkurangan dan langkah-langkah yang sewajarnya perlu di ambil untuk menangani masalah ini bagi mengelakkan kepupusan. Empat spesies penyu yang terdapat di Malaysia ialah penyu Belimbing, penyu Karah aka Sisik, penyu Agar, dan penyu Lipas.BAGAIMANA MENGENALI PENYU?Penyu Belimbing aka Dermochelys Coriacea- penyu terbesar
- saiz badan boleh mencapai 2 meter dan berat melebihi 500kg
- badan dilitupi cengkerang
- mempunyai 7 jaluran pada cengkerang (menyerupai buah belimbing)
- berwarna kehitaman dan berbintik putih
- musim bertelur ialah Mei-Ogos
- menghasilkan telur antara 60-120 biji pada setiap peneluran
- telur bergaris pusat antara 5-6.5 cm.
- penyu ini hanya terdapat di Terengganu dan Pahang
Penyu Lipas aka Lepidochelys Olivacea- penyu terkecil
- bersaiz 15-65 cm
- berat badan sehingga 50 kg
- berwarna gelap atau hijau tua buah zaitun
- makanannya adalah ketam, udang dan kerang kecil
- musim bertelur antara Mac-Jun
- purata bertelur sebanyak 100 biji
- telur bergaris pusat 4.0 cm
- penyu ini terdapat di Terengganu dan Pahang
Penyu Agar aka Chelonia Mydas
- juga dikenali sebagai penyu hijau
- warna badan adalah coklat tua atau kehitaman
- mempunyai satu kuku di kaki renang hadapan
- saiz badan lebih kurang 1.2 m
- berat boleh mencapai 270 kg
- makanan terdiri daripada rumpai laut dan rumpair
- musim bertelur antara April-September
- menghasilkan 100-140 biji telur
- telur bergaris pusat 5.0 cm
- penyu ini terdapat di kebanyakan negeri di Malaysia kecuali Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor dan Perlis.
Penyu Karah aka Eretmochelys Imbricata- juga dikenali sebagai penyu sisik
- saiz badan sederhana dan jarang melebihi 1 meter
- berat badan boleh mencapai 75 kg
- makan karangan lembut dan span di kawasan terumbu karang
- musim bertelur antara Mac-Jun
- purata telur sebanyak 130 biji
- telur bergaris pusat 5.0 cm
- penyu ini terdapat di Terengganu, Melaka, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
huhu syok beb pegang penyu... nyum2!!! ^_^