manusia itu sebaik-baik kejadian ciptaan Ilahi.. berakal, berhati, bernafsu. tersusun cantik elok ja dari atas sampai bawah. akal fikiran ALLAH jadikan di atas.. dan nafsu berada di bawah menunjukkan betapa hinanya nafsu itu sendiri.
namun, ramai di antara kita sering menyalah-tempatkan mereka ini.. nafsu lebih dirajakan, diutamakan sehingga menjadikan akal fikiran terperosok jauh di bawah.
nafsu itu gandingannya syahwat disertai godaan syaitan laknatullah.. manakala iman itu sendiri perlu didampingi dengan akal fikiran..
nafsu+syahwat+syaitan vs iman+akal
andai akal yang memandu iman, nescaya nafsu akan merosakkan kita.. tapi jika, sekiranya iman yang menguasai akal, insyaALLAH kita akan selamat. :)
kenapa? bila mana kita kantoi buat salah, kita mesti nak babitkan orang lain sama.. kita mesti nak buka aib orang sekali.. kenapa? susah sangat kah nak mengaku salah sendiri tanpa menjadikan orang lain sebagai perisai untuk cover kesalahan kita sama?