mati bukan bererti satu pengakhiran.. jasad sahaja yg ditanam tetapi roh tetap bernyawa, cuma bukan di dunia. jika hidup kita hanya untuk Allah, selamat lah roh kita di sana kelak. mudah-mudahan.
Alhamdulillah selesai satu sesi ilmu bersama-sama Syeikh Rohimuddin. pembedahan surah Al-Ikhlas dan tauhid Allah ternyata mampu mngubah kembali iman yg selama ini disangka sudah betul dan kena pada tempatnya. Ternyata DIA yang Maha Esa dan kita tidak akan mengenal DIA jika tidak merelakan hati untuk mendalami ilmu-ilmuNya.
istiqamah itu bukan terletak pada zahir, istiqamah itu pada hati. walaupun pada zahirnya kita tidak dapat melakukan yg kebiasaan kita lakukan, hati kita mesti selalu dambakan Allah.
"cintailah Rasulullah, nescaya Allah akan mencintai kamu."
walau sebanyak mana dosa kita, sebesar mana pun ia, semua tu tetap kecil dan simple bagi Allah untuk ampunkan kita. semua terpulang kepada kita, sejauh mana kita berserah kepadaNya, setinggi mana keyakinan kita terhadapNya. jangan sesekali mempersoalkan apa yang Allah jadikan, atau apa yang dapat Dia lakukan, sebagaimana kamu mempersoalkan "adakah Engkau akan mengampuni dosaku Ya Allah ?"
kerana Dia Yang Maha Segala-galanya. dan Dia tidak pernah tidak ada.
hati mereka yang takut dan insaf kerana Allah atas segala maksiat dan dosa yg dilakukan adalah jauh lebih baik daripada mereka yang sentiasa beribadat, tetapi hati mereka bukan kerana Allah.
Have faith.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago