ooppss!!!
dont judge a book by its cover... jangan judge aku sbb tajuk entry ni.. tade niat nk melaga-lagakan mna-mna pihak okeh.. =)
masing-masing ad pendapat sendiri bukan.. dan masing-masing bijak pandai untuk buat pilihan sendiri... yg mna baik kita jadikan pedoman.. yg mna kurg elok kita amek tahu dan kita hindarkan...
tentang teori konspirasi ni...
hhmm pelbagai isu diketengahkan smpai tv3 pn menarik balik siaran iklan raya mereka.. dan terbaru sampul duit raya di-'claim' mempunyai simbol salib.. benar atau tuduhan? anda judge sendiri di sini.
dakwaan kini makin jelas bahawa illuminati aka freemason ni sudah makin menular di Malaysia dan mereka semakin berani menunjukkan kekuasaan mereka.. secara terang-terangan (bagi mereka yg menerima)... juga secara tersembunyi (bagi yang rajin mengkaji)... anda bagaimana? percayakah anda tentang semua 'kebetulan' seperti yang didakwa oleh pihak dibawah ini...
teori-konspirasi-itu-bodoh...
click untuk tahu lebih lanjut oke.. ini pandangan pihak yang tidak menerima teori konspirasi ini.. mereka punya pandangan sendiri.. setiap org pn ada pandangan sendiri bukan... jadi bagi mereka yg pro-teori ini, jangan cepat sangat mahu hentam oke.. baca dan kaji penulisan ilmiah mereka ini.. mungkin ada betulnya bukan... sesungguhnya mereka yg teguh dengan pendapat sendiri itu lebih baik daripada mereka yang goyah umpama lalang bukan? heee peace-no-war! ^__^
jadi... benar atau tidak teori konspirasi ini sebenarnya?? membawa ancamankah mereka kepada kita? kepada agama kita? ini semua propaganda mereka... atau kita yang terlebih taksub dan mudah sangat percaya?
aku punya pendapat sendiri... tidak menolak dan tidak juga menerima 100%
apa yang lebih penting ialah akidah kita.. kalau mantap akidah kita, pegangan kita kepada ALLAH, tiada satu pn dapat merosakkan kita insyaALLAH... sbb setiap sesuatu tu berlaku dengan izin Yang-Maha-Esa bukan? makin lama kita makin hanyut... itu lumrah hidup... tapi kita jangan biarkan diri kita terus dibuai kehanyutan tersebut... kita punya agama yang harus ditegakkan.. diperjuangkan...
andai benar teori-konspirasi ini wujud, kita harus mengambilnya dari sudut yang positif... mengapa konspirasi mereka mudah sangat dirungkai? mudah sangat dilihat oleh orang kebanyakan seperti kita? mungkin mereka ada agenda yang lagi dasyat selain teori-konspirasi yang tersurat sebagaimana yang kita tahu sekarang...
mungkin... sebab mereka nak kita alpa dan terus mengkaji tentang teori mereka? dan pada masa yang sama menyebabkan kita mengabaikan Al-Quran? sila jangan salah faham! mengabaikan di sini bermaksud kita sibuk mengkaji tentang teori-konspirasi, illuminati atau freemason... kita menghabiskan masa kita menyelidik tentang mereka, mencari artikel, bukti-bukti untuk dihebahkan, didedahkan... tetapi pernahkah kita meluangkan masa yang sedemikian untuk kita mengkaji Al-Quran? sedangkan pada hakikatnya di dalam Al-Quran lah terkandung pedoman hidup kita... panduan untuk kita berada di landasan yang benar yakni dengan redha Ilahi... di dalam Al-Quran lah telah dinyatakan tentang ke-Esa-an ALLAH.. tentang janji-janji ALLAH yang tidak pernah akan dimungkiri... cuma sekadar renungan.. adakah teori-konspirasi ini telah berjaya mencapai motifnya andai ia wujud? adakah kita telah mengabaikan Al-Quran seperti yang di atas? maaf andai terkasar! aku percaya ada di antara kita yang mengakaji tentang teori ini dan pada masa yang sama tidak juga mengabaikan Al-Quran.. alhamdulillah. tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak??
andai teori-konspirasi ini tidak wujud, apa motifnya cerita ini ditimbulkan? cuba memecah belahkan umat Islam.. mewujudkan pertelingkahan sesama kita agar wujud perasaan benci sesama saudara seagama... sekali gus melemahkan benteng agama kita.. berjayakah mereka?
mintak-mintak dijauhkan la semua tu daripada berlaku... tak salah untuk kita percaya... tak nak percaya pn takpe.. itu terpulang.. kan? cuma janganlah kita bertelingkah sesama sendiri sampai wujud rasa benci dan marah.. dan jangan pula kita lemahkan benteng keimanan kita.. sentiasa lah mendekati ALLAH.. iman kita tetap tidak akan goyah kerana kita ada ketakwaan pada ALLAH.. tidak kira sehebat mana propaganda mahu pun rancangan mereka yang cuba memecahbelahkan kita...
p/s: merdeka-kah kita?
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment