skip to main |
skip to sidebar
ustaz rock tu cakap, dalam satu hadis Nabi s.a.w. ada beberapa perkara akan terjadi pada akhir zaman ni..
1. Islam Hanya Pada Nama
- macam mana tuh? ada ka nama Islam siap bunyi ala-ala araby lagi tapi tak Islam?
ada.. macam-macam ada.. heh. kita jangan ingat mentang-mentang la kita ni lahir, kuar dari perut ibu yang Islam, tu satu tiket untuk kita selesa di dunia nih. selagi mana kita tak jalankan tanggungjawab kita sebagai orang Islam, selagi tu kita tak Islam. kita boleh panggil diri kita Melayu, tapi kita tak boleh panggil diri kita seorang yang Islam kalu kita sendiri gaya hidup mengalahkan orang-orang yang murtad.
2. Al-Quran Hanya Tinggal Tulisan
- maksud dia? haih da memang bertulis kan.. tulisan la tu. haha !
bilamana manusia tidak lagi membaca Al-Quran, mengkaji Al-Quran, maka pada saat itu lah Al-Quran kalam Allah ni hanya tinggal tulisan. di mana-mana sahaja ad Al-Quran, bersepah-sepah.. tapi langsung tak diusik, tak dibaca.. dibiarkan berdebu di atas almari dan rak-rak.
heh pandai jugak si Saleem tu buat lagu kan.. Suci Dalam Debu. Al-Quran tu suci, tapi dibiarkan berdebu tak terusik. kita bagaimana? serupa bikin? heee~
3. Para Ulama, Cerdik Pandai Dan Golongan Educated Menjadi Orang Yang Paling Jahat.
- aik ulama pn jahat?
maksudnya di sini, bila kita ada ilmu, tahu hukum-hakam ALLAH tapi kita tidak mengamalkannya, maka kita ni tergolong dalam golongan yang jahat, paling hina dan akan mendapat azab seksaan yang berat di akhirat kelak. sebab itulah bila kita ada ilmu, kita amalkan. istiqamah dalam melakukan sesuatu. jangan kerana nak jaga kepentingan diri, nak jaga pangkat dan kedudukan, kita sembunyikan kebenaran dan ilmu yang betul.
bilamana yang zahir menafikan yang batil. kan?
dan rukun agama itu ada 12. enam rukun iman, lima rukun Islam, dan satu rukun ehsan. andai kata salah satu rukun ini tidak dilaksanakan, maka tidak sempurna lah Islam seseorang itu.
aku pun tak reti sebenarnya.. tapi tu lah, sekadar berkongsi rasa, berkongsi apa yang aku dapat. if ada yang salah kt mna-mna, silap info ke, let me know oke. :)
0 comments:
Post a Comment