Pages

Tuesday, December 6, 2011

menangis kerana ALLAH itu suatu nikmat


menangis kerana ALLAH itu satu nikmat..
moga tiap titisan jernih itu bisa menghapus tiap dosa, dan menghalang daripada seksaan api neraka. kepadamu Ya ALLAH, yang menjadikan aku sebagaimana aku sekarang, syukur atas segala nikmat dan rezeki yang Engkau limpahkan. kepada Mu aku berserah dan meminta pertolongan. kepadaMu aku sujud memohon keampunan Ya Rahman Ya Rahim.. ampunilah segala dosa dosa besar, serta dosa dosa kecil hambaMu ini. sesungguhnya diri yang kerdil ini senantiasa ingkar kepadaMU, senantiasa tewas kepada hawa nafsu, senantiasa lemas dengan hasutan syaitan dan iblis yang sudah nyata adalah musuhku. Ya Rabb, istiqamahkan lah hati ini dalam memperjuangkan agamaMU. istiqamahkan lah diri ini dalam beribadat kepadaMU. hanya dengan belas ihsan Mu, hanya dengan izinMu, aku dapat terus berdiri di landasan ini yang telah Engkau janjikan syurga bagi mereka yang taat dalam menunaikan perintahMu.

sesungguhnya hidup ini hanyalah semata-mata untukMu ALLAH.


0 comments:

Followers

± Kata Menoda Bahasa ±