Deringan lagu Hijrah Ke London - The Changcuters menyentak lamunan Kid. Pantas tangannya mencapai Nokia N73.
One message received.
Hi!! Dinner jom. =)
Sender: N
Laju jari-jemari Kid menekan keypad Nokianya.
One message received.
Okie.. your treat sweety.. ^__^
Sender: Kid
Kid tersengih. Dia bahagia. Kehadiran N membawa banyak perubahan dalam hidupnya. Dalam diri dan jiwanya.
Bulan makin terang..
dengan sinar wajahmu..
Hati makin tenang..
dengan senyum manismu..
N..
Kid mencapai towel, terus ke bilik air.
.....................................................................................................................................................................
"How's that?"
"Masin."
"Masin ea..."
"Adoi!! Apa main tendang-tendang ni? Sakit le sweety.." rengek Kid manja. Dia meraba tempat letak tibia dan fibulanya. Entah mana satu yang sakit.
"Masin lagi?" tepat N merenung anak mata Kid.
"Tak tak. Sedap sayang." Kali ini Kid benar-benar memuji. Ikhlas. Dia sememangnya tahu N terer memasak. Dan dia mengakuinya. Cuma sekali-sekala hati mahu menyakat.
Dahi Kid masih berkerut. Sakit!
"Haa... padan muka. Orang da tolong masak pun kira okey ni. Banyak songeh lak dia. Cepuk kang." Perli N dengan muka tersenyum. Comel.
"Eleh... you jugak kan yang ajak I dinner tadi." Kid menjawab selamber dengan muka tak bersalahnya.
"YOU!!!" Jerit N geram.
Kid membuka langkah terlebih dahulu. Kalau tidak, mau lebam habis badannya dicubit N. Tapi, at last, Kid surrender jugak. Kesian tengok kekasih hati penat mengejar.
"Nangis la tu." usik Kid.
"You.. ja.. ja...hat..." tersekat-sekat suara N.
Timbul rasa serba salah dalam hati Kid. Dipegangnya dagu N. Dan perlahan dia mengangkat wajah gadis itu. How innocent. Linangan air mata N disekanya.
"Sorry." Erat Kid memeluk N. Cuba memujuk. Dapat dia rasakan kehangatan air mata N yang masih lagi berlinangan, jatuh membasahi bahunya.
"Kid. Dont ever let me go. please..."
.....................................................................................................................................................................
@reenkyra
3 comments:
how sweet~
jgn cuba jika anda blom kawen..
heee~ =D
hahha~
mmg la..isk
Post a Comment