Pages

Saturday, March 17, 2012

hati ? manusia mana yg tidak memiliki hati . cuma yg beza, kadar kesucian hati antara kita . susah bila hati tidak bersih . tidak bersih ? tidak bersih penuh sampah, begitu? Ya! penuh sampah. sampah dunia yg melalaikan. tapi.. setiap yg ada di dunia ini merupakan ciptaan Ilahi.. mana mungkin ia sampah? Ya! harus hati-hati dengan tutur lidah kita. mahu hiperbola, tapi jangan sampai menghina ciptaanNya, bererti juga menghina Sang Pengcipta, bukan? nauzubillah. mungkin term-term yg hiperbola itu boleh dimaniskan.. hati tidak bersih, diselaputi debu-debu dunia yg menutup percambahan iman. sounds better bukan?

bicara soal hati bukan mudah . berbuih mulut sekali pun mengajak ke arah Ilahi, tetap tak akan berganjak tanpa kesedaran dari hati, juga dengan izin ALLAH . berilah peluang kepada hati kita, walaupun sekejap, untuk mengintai kebesaranNya . bagaimana? through muhasabah . Ya muhasabah diri kita . at least fikir apa yg telah kita lakukan sepanjang kita bernafas hingga saat ini . asingkan yg mana dosa, yg mana ALLAH suka . walaupun banyak dosa, Dia stil bagi kita bernafas smpai sekarang, bukan? Dia stil bagi kita bergelak ketawa, berhubungan sesama manusia, kan? tak malu kah kita dengan Dia ? Ya! malu itu perlu hadir dalam hati kita . nikmat yang diberikan, dibalas dengan dosa dan maksiat. itu kufur nikmat kan. Eh?!

selalu lah muhasabah diri, cuci hati . "aku ni x penah semayang. klu esok mati, cmna?" "aku ni clubbing je tau. x penah ingat ALLAH. klu esok mati, cmna?"

cuba cuba cuba ! cuba reflek diri kita . kalau cmni, kalau cmtu, bla3. mudah-mudahan lembut hati kita, lahir rasa insaf dan kesedaran. insyaALLAH . kuatkan hati kita, terutama untuk solat. solat itu tiang agama kan. bawa hati kita bersama dalam solat. mungkin susah, tapi yg susah ini datang dari Dia juga. bila-bila masa akan jadi senang dengan izinNya jika kita ada usaha dan bersungguh-sungguh mencari redhaNya. ALLAH itu Maha Penyayang.

perbanyakkan lah doa . mohon kepada Dia agar disemai rasa takut dalam hati untuk mengingkariNya . mohon ditetapkan hati untuk terus berada dijalanNya.

perubahan .. mulakan dengan diri sendiri . hati sendiri dahulu . bila mana sudah kuat, sudah utuh, lebarkan usaha kita untuk menggerakkan agamaNya, untuk menggerakkan ummah . Yakin lah, setiap daripada kita ada kekuatan itu. selami hati, teroka potensi itu .

moga ALLAH ampuni hambaNya yg mnulis ini atas segala kekurangan dan silap sepanjang penulisan ini.

hati al-Quran adalah Yasin . perbanyakkan lah membacanya, dan bawalah hati kita bersama.

0 comments:

Followers

± Kata Menoda Bahasa ±