segala apa yang kita perlukan untuk memaknakan hidup kita cukup dengan kedua-dua peninggalan agung ini.
sejahil mana pun kita, tempat kita sentiasa ada di sisi ALLAH . Dia yang menjadikan kita . Dia yang menetapkan perjalanan hidup kita . Mana mungkin Dia akan membiarkan hamba-hambaNya merana . cuma perlukan usaha, sedikit usaha lebih daripada biasa .
usaha siapa ? siapa lagi kalau bukan kita dengan tubuh yang hanya diberi pinjam sementara .
ingat ! setiap apa yang dikerjakan, tubuh ini lah yang menjadi saksi kelak . yang berlalu, jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja . cari keredhaanNya, pohonlah taubat daripadaNya . Dia Yang Maha Pengampun, Yang Maha Mengasihani .
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"wahai Tuhan kami, Pemberi berkat, Yang Maha Kuasa,
yang turun setiap malam hingga langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia)
pada akhir 1/3 malam,
dan Dia berfirman :
sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku kabulkan .
sesiapa yang meminta sesuatu daripadaKu,
akan Aku berikan .
sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu,
akan Aku ampunkan ."
hadis riwayat Bukhari dan Muslim .
tak susah bukan ? tak perlu keluarkan duit seperti mana kita keluarkan duit untuk tonton wayang bersama bukan mahram .
perubahan mendekati ALLAH bukan memerlukan transformasi 100% . ubah lah yang mana ringan bagi kita dahulu . sedikit demi sedikit kita kikiskan yang mazmumah, dan kita selitkan dengan kecintaan terhadap Ilahi dan kekasihNya .
ada kalanya kita berasa malas, berat untuk istiqamah . jangan risau . itu tandanya Dia sedang menguji kita, dan Dia tidak akan menguji melainkan kita mampu menghadapinya bukan ? :)
buang rasa malas itu . usir jauh-jauh sampai ia lelah mengejar kita . insyaALLAH dipermudahkan segala urusan kita .
tapi awas !
bila mana kita sudah dapat istiqamah, bila mana kita sudah dapat merasai kenikmatan beribadah kepadaNya, jangan sesekali kita pandang hina mereka yang masih bergelut dengan jalan yang salah . jangan sesekali terlintas rasa bongkak dan riak . rosak amal siapa yang rugi ?
bantu lah sahabat kita sama . tarik mereka dengan penuh kelembutan . Nabi saw tak pernah memaksa, kita siapa ?
teringat kata-kata ustaz, "remaja sekarang jarang ada yang habiskan masa di tikar sejadah dan di masjid-masjid."
satu senyuman tanda mengiakan, setuju dengan ustaz . saya antara remaja seperti yang disebutkan . yang masih lagi leka, jarang sekali bersyukur dengan nikmat yang diberikan . bersyukur bukan sekadar mengucapkan Alhamdulillah, tetapi menggunakan dan memanfaatkan nikmat tubuh yang diberi, nikmat kesenangan yang dirasai untuk sujud kepadaNya, patuh kepada segala perintahNya .
jangan mahkotakan nafsu sebagai raja dan iblis sebagai gundiknya . ingat, melawan nafsu itu satu jihad besar bukan ? tak perlu pegang pedang bertumpah darah . mungkin cuma sedikit penat dan lelah sahaja . satu permulaan jihad sebelum kita jihad membantu ummah pula. insyaALLAH .
mudah-mudahan kita yang berusaha mendekatiNya, yang mencari redhaNya, dan yang berjuang untuk agamaNya, tergolong dalam golongan yang mendapat naunganNya kelak . moga Jannah yang dijanjikan dapat kita jejakkan kaki suatu masa nanti . insyaALLAH .
have faith. yakin dan percayalah dengan ALLAH, kerana janjiNya adalah pasti . jangan sesekali persoalkan adakah ibadat kita diterima ? adakah dosa kita diampunkan ? adakah adakah adakah ...
itu bukan urusan kita . itu urusan Dia Yang Maha Besar . berserahlah segala-gala kepadaNya . kita sebagai hamba, kerahkan keringat, jalankan tugas semaksimumnya .
"Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya,
atau perempuan yang ia ingin mengahwininya,
maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu."
hadis riwayat Bukhari dan Muslim
aku memohon perlindunganMu Ya ALLAH daripada syaitan yang direjam .
dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani .
segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam,
Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang,
Yang Menguasai hari pembalasan,
kepadaMu aku berserah dan meminta pertolongan,
tunjukilah aku jalanMu yang lurus lagi benar,
jalan yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murka,
dan bukan pula jalan mereka yang sesat .
#JustAnoteToMyself - yang masih mencari erti khusyuknya solat (March 02, 2012) .
0 comments:
Post a Comment