Dengan nama Allah Ynag Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
kita hidup di dunia penuh dengan ujian. bukan ujian peperiksaan, bukan ujian akademik di sekolah-sekolah, bukan,bukan ujian itu. itu ujian biasa. yang ingin dibicarakan ini ujian penentu destinasi kita di hari pembalasan sana.
ada yang diuji dengan keperitan. bila sakit, mula merungut. bila sesak, mula melenting menuduh Tuhan itu tidak adil. ada yang diuji dengan kemewahan. bila berharta, mereka riak dan tamak.bila senang, mereka lupa dunia. lupa dunia kerana zuhud ?? bukan, mereka lupa dunia, lupa dunia ini Allah yang punya, dan mereka mesti hidup dengan aturanNya.
'antara susah dengan senang, yang senang itu lebih susah.'
tidak kisahlah bentuk apa sekali pun ujian yang mendatang, selagi hati ingat pada Allah, bersyukur pada Allah, insyaAllah redhaNya ada dengan kita. harus di-set-kan dalam minda dan hati kita, Allah tidak sesekali menguji untuk memudaratkan, untuk membawa musibah. Allah menguji kerana sayang pada hamba-hambaNya, kerana mahu hamba-hambaNya kembali bertaqwa kepadaNya. bila kita sakit, kalimah Allah jua yang pertama-tama kita sebut bukan? =)
Allah, Dia Yang Maha Tahu, Dia tahu setiap ujian yang diturunkan itu, hambaNya mampu untuk mengharunginya.
jasad dan roh kita, kita cuma si peminjam sahaja . jangan sampai hati mati sebelum jasad . pengisian-pengisian untuk hati itu perlu kerana hati akan lesu tanpa ilmu . jangan jadikan dosa semalam sebagai tembok untuk kita bermalas-malasan, untuk kita berputus asa . dah tahu berdosa, tuntutlah ilmu untuk mencari redhaNya . Allah Maha Pengampun, dan kita tidak akan pernah tahu seluas mana pengampunanNya . have faith .
kini masih hangat dengan isu filem penghinaan terhadap pemimpin agung, Rasulullah saw . ramai yang mencela, mencaci, men-demonstrasi bahkan ada juga yang sanggup berbunuh-bunuhan . Alhamdulillah, masih ramai yang sensitif apabila kekasih Allah diperlekehkan, masih ramai yang cakna apabila penghulu segala nabi ini dihina . moga perjuangan kita membela maruah Baginda saw diredhaiNya dan diambil kira sebagai suatu ibadah.
cuma, kita perlu lebih bijak dengan sensitiviti kita . terlebih dahulu, maaf kerana saya tahu ramai yang akan tidak bersetuju dengan statement ini . kita punya akhlak, dan akhlak orang Islam itu yang terbaik .
mahu berdemo ? silakan lah . tapi jangan sampai terabai solat jemaah lima waktu . Nabi kesayangan kita tak pernah pun tinggal solat jemaah even ketika Baginda sakit .
kalau betul kita cintakan Baginda, antara berdemo dan solat lima waktu berjemaah, mana satu pilihan hati kita ?
mana mungkin seseorang yang cinta akan seseorang yang lain sanggup membiarkan tempat yang selalu dijejaki oleh kesayangannya itu sunyi dan sepi .
alangkah bagusnya kalau masjid sama naik meriahnya dengan demonstrasi di jalanan . XD
mahu mencela, menghina mereka yang menghina Nabi saw ? silakan lah . tapi jangan sampai lidah kita membawa dosa pada kita . jangan kita sibuk mencela, sampai kita lupa untuk mengucap istighfar, antara salah satu sunnah Baginda sehari-hari .
kalau betul kita kasihkan Baginda, mengapa tidak kita hidupkan sunnah baginda ? mengapa tidak kita bangun tahajjud sebagaimana yang Baginda saw buat ?
mengapa tidak kita istiqamah dengan Al-Quran ? dengan solat Dhuha ?
adakah kasih dan cinta kita pada Nabi Muhammad saw hanya pada mulut dan lidah sahaja ?
bagaimana dengan hati ? dengan anggota lain ? cukupkah sekadar dengan berdemonstrasi, dengan mencela ? ini bukan yang Baginda suruh buat . bukankah Baginda saw sudah pesan, "...gigitlah dengan geraham kamu." sudah lupa gigit apa? tepuk dada tanya iman .
maaf sekali lagi . bukannya saya menuduh kalian tidak menghidupkan sunnah, tidak solat jemaah, cuma ini satu luahan hati saya untuk kita sama-sama renung bersama .
hidupkan sunnah + demonstrasi aman = itu lagi cantik mungkin . =)
Ya Tuhan kami janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk, dan berilah kami rahmat, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang banyak pemberiannya.
Ya Tuhan kami berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan jauhkanlah kami dari api neraka.
0 comments:
Post a Comment